Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemilihan Umum Indonesia sudah bermula, pendaftaran calon Presiden dan Naib Presiden juga sudah bermula, tak terkecuali anak sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo yang akan bertanding tahun depan bersama Prabowo. Foto: David Andreas (TVS)

Anak sulung Presiden Jokowi dicalonkan sebagai bakal Naib Presiden Indonesia

JAKARTA, 23 Okt: Anak sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo, Gibran Rakabuming Raka diumumkan secara rasmi sebagai bakal calon Naib Presiden Indonesia pada pilihan raya kali ini.

Pengumuman itu menyaksikan Gibran akan menemani bakal calon presiden, Prabowo Subianto yang juga Menteri Pertahanan Indonesia dalam kabinet yang diketuai bapanya.

Pencalonan Gibran diumumkan semalam oleh Prabowo yang juga ketua Gabungan Indonesia Maju (KIM) yang dianggotai lapan parti politik.

“Mesyuarat yang dihadiri oleh ketua umum dan setiausaha agung parti politik mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Prabowo Subianto dan Gibrang Rakabuming Raka sebagai calon presiden dan naib presiden Pilihan Raya Umum (PRU) Indonesia 2024- 2029,” katanya.

Lapan parti politik yang menyokong ialah Parti Golkar, Gerinda, PAN, Demokrat, Garuda, PBB, Prima, dan Gelora.

Gandingan itu akan bertanding pada pada 14 Februari 2024 menentang gandingan Anies Baswedan – Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo – Mohd Mahfud MD yang mendaftar lebih awal.

Gibran menjadi calon termuda pada usia 36 tahun dan ketika ini masih memegang jawatan sebagai walikota Wilayah Solo, Jawa Tengah.

Dijangka Prabowo dan Gibran akan mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) pada Rabu, 25 Oktober 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan