Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aaron Ago Dagang hadir pada program International Volunteer Co-operation Organizations (IVCO) 2023 di ibu negara semalam. Foto Bernama.

Alumni YSS diiktiraf sebagai Duta Perpaduan – Menteri Perpaduan

ByNadhir Azfar

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Sukarelawan Alumni Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) akan diiktiraf sebagai Duta Perpaduan bermula tahun depan, kata Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau yang juga Menteri Perpaduan berkata, ini selaras dengan peranan penting dimainkan oleh YSS.

Kata beliau, YSS sebelum ini terlibat dengan pelbagai aktiviti yang memupuk perpaduan seperti program pasca bencana, budaya masyarakat dan pusat tuisyen bersama masyarakat.

“YSS bersama Kementerian Perpaduan ketika ini terus melaksanakan pelbagai aktiviti, baru-baru ini ke Sabah dan Sarawak, pelajar baharu di universiti ke sana laksanakan pelbagai program, terlibat dengan integrasi bersama penjawat awam manakala di kampung pula program berkaitan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program International Volunteer Co-operation Organizations (IVCO) 2023 semalam.

Sementara itu, Aaron memaklumkan Kerajaan Selangor dan Kerajaan Johor telah melaksanakan inisiatif Duta Perpaduan dalam kalangan belia.

Kata beliau inisiatif berkenaan peranan penting untuk mengurangkan ketegangan agama dan etnik dalam masyarakat setempat.

IVCO 2023 telah dianjurkan buat pertama di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 178 peserta dari 51 negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan