Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara pelbagai jenis produk sejuk beku yang dirampas di sebuah premis di sekitar Kemena Industrial Estate pada Jumaat. Foto: Cawangan Risik Briged Sarawak.

Produk sejuk beku bernilai RM13 juta dirampas di Bintulu

BINTULU, 21 Okt: Serbuan pihak berkuasa berjaya merampas produk sejuk beku bernilai RM13 juta yang diimport tanpa permit.

Komander Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa, SAC Dr Che Ghazali Che Awang berkata, produk berkenaan dianggarkan seberat 657 000 kilogram (kg) itu dirampas di sebuah premis di Kemena Industrial Estate, di sini pada pagi semalam.

“Rampasan telah dilakukan menerusi operasi bersama yang dijalankan oleh Cawangan Risik Ibu-Pejabat Briged Sarawak, Batalion 12 PGA Miri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu pada 8 pagi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Che Ghazli Che Awang berkata, kesemua produk sejuk beku itu membabitkan 47,500 kotak seberat 491,750 kg pelbagai bahagian daging ayam seperti sayap, paha, hempedu, dada dan makanan proses.

“Dalam operasi sama, sebanyak 5,500 kotak seberat 114,000 kg mengandungi pelbagai bahagian daging sapi seperti daging, tulang dan perut serta 51.3 kg daging khinzir turut dirampas,” tambahnya.

Dalam serbuan itu, katanya dua lelaki warga tempatan berusia 55 dan 70 tahun turut diperiksa.

Susulan itu katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Bahagian Bintulu telah mengenakan tindakan kompaun ke atas pemilik premis berkenaan dan kesemua barang kes telah dirampas untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 iaitu mengimport produk ternakan atau berasaskan ternakan tanpa permit yang sah,” tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan