Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang eksekutif jualan lelaki kerugian RM83,000 selepas diperdaya seorang wanita melalui aplikasi Tantan untuk melabur dalam skim pelaburan tidak wujud. Foto hiasan, Envato.

Eksekutif jualan di Miri rugi RM83,000 diperdaya sertai skim pelaburan tidak wujud

MIRI, 22 Okt: Seorang eksekutif jualan lelaki kerugian RM83,000 selepas diperdaya seorang wanita melalui aplikasi Tantan untuk melabur dalam skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu berkenalan dengan suspek menerusi aplikasi berkenaan sebelum diajak untuk membuat pelaburan bernama ‘puc finance’.

Katanya, mangsa yang tertarik dengan penjelasan wanita berkenaan kemudian memasukkan sejumlah wang sebagai modal pelaburan.

“Dalam tempoh 5 sehingga 14 Oktober lalu, mangsa telah memasukkan sejumlah wang ke dalam enam akaun yang berbeza.

“Pada mulanya, mangsa menerima pulangan pelaburan bagi tiga transaksi pertama namun tidak menerima sebarang untung bagi transaksi keempat sehingga kelapan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Alexson, mangsa hanya menyedari ditipu selepas suspek sering meminta membuat pembayaran modal bagi pelaburan seterusnya namun tidak dibayar keuntungan yang dijanjikan.

“Susulan itu, mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan