Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hamdiah Abdullah memberi restu dan sokongan kepada anaknya Iskandar Turkee. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

PRK Jepak: Restu ibu iringi perjuangan Iskandar

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 21 Okt: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Iskandar Turkee mendapat restu dan sokongan padu ibunya untuk bertanding mewakili GPS.

Ibunya, Hamdiah Abdullah, 71, menitipkan doa buat anaknya agar meraih kejayaan cemerlang demi meneruskan perjuangan membangunkan kawasan DUN Jepak demi manfaat penduduknya.

Sebagai seorang ibu, beliau percaya Iskandar mempunyai kemampuan untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat sekiranya diberi mandat.

“Saya harap penduduk di DUN Jepak dapat bekerjasama dengan dia kerana kalau dia bawa projek pembangunan sekali pun, kalau rakyat di sini tidak beri sokongan, ia tidak akan berjaya,” katanya ketika ditemui TVS pada hari penamaan calon PRK DUN Jepak di sini, hari ini.

Malah, beliau berharap pucuk pimpinan GPS akan memberi tunjuk ajar kepada Iskandar agar dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin.

Dalam pada itu, Hamdiah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana memberi kepercayaan kepada anaknya untuk mewakili GPS.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan tidak menyangka Iskandar akan dipilih menjadi calon kerana memang tiada dalam perancangan,” jelasnya.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Iskandar, Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI).

Iskandar yang merupakan bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak berkelulusan Sarjana Pembangunan Sumber Manusia daripada Universiti Putra Malaysia dan merupakan Ahli Panel Majlis Sosial Sarawak; Majlis Perpaduan Sarawak; Ahli Jawatankuasa Induk One Stop Committee Menangani Isu Dadah Sarawak dan Ahli Jawatankuasa Induk PEMADAM Sarawak.

Beliau dilihat sebagai calon berpotensi untuk menang pada PRK Jepak sekaligus mengekalkan penguasaan GPS di kerusi pinggir bandar itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan