Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peta menunjukkan kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Jepak. Foto: TVS

PRK Jepak: Pusat penamaan calon dibuka pagi ini

BINTULU, 21 Okt: Hari ini gendang ‘perang’ bermula apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Dewan Suarah dibuka pada 9 pagi ini bagi calon mengemukakan pencalonan, manakala 4 November sebagai hari mengundi dan 31 Oktober hari pengundian awal.

PRK Jepak diadakan berikutan penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) meninggal dunia pada 15 Sept lepas.

Allahyarham Talib merupakan penyandang kerusi berkenaan selama enam penggal sejak 1996.

Pada Pilihan Raya Negeri 2021, Talib menang dengan majoriti undi 4,243. DUN Jepak mempunyai 22,804 pengundi berdaftar dengan majoritinya terdiri daripada etnik Melayu/Melanau.

GPS menamakan bekas pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak Iskandar Turkee sebagai calon.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan