Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba dan penyelamat Lawas menyertai pengujiian dan pemeriksaan logistik operasi banjir sebagia persiapan menghadap Monsun Timur Laut di Sungai Lawas, hari ini. Foto: BBP Lawas

Merapok, Sundar dan Trusan dikenal pasti kawasan berisiko banjir

LAWAS, 21 Okt: Daerah Kecil Merapok, Sundar dan Trusan dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir di Lawas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata pihaknya sudah bersiap sedia dari pelbagai aspek bagi berhadapan kemungkinan banjir dan kecemasan.

Justeru, sekali gus memastikan semua aset menyelamat dan anggota bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Bagi meningkatkan kesiapsiagaan, katanya pengujiian dan pemeriksaan logistik operasi banjir sempena kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) juga diadakan di Sungai Lawas, hari ini.

“Kita juga telah melaksanakan pengujiian dan pemeriksaan logistik operasi banjir sempena kesiapsiagaan MTL melibatkan 26 orang pegawai dan anggota hari ini,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Jelas Azman, ujian dijalankan ke atas bot penyelamat, peralatan marin, pemeriksaan kenderaan utiliti, pemeriksaan kelengkapan sokongan.

Selain itu, pemantauan secara berkala juga dilakukan di kawasan berisiko banjir di Lawas bagi persiapan awal.

Dari apsek logistik, pihaknya mempunyai tiga unit bot penyelamat, sebuah lori, dua jentera dan pikap bagi memudahkan pergerakan dan koordinasi menyelamat mangsa banjir dan kes kecemasan tidak dijangka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan