Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof menandatangani pelancaran Pameran Digital 60 Tahun Sarawak Merdeka, Meet & Greet Anak Sarawak dan Sarawak Products Pavilion di MITEC, Kuala Lumpur, hari ini. Foto: Kumpulan Media Lan Berambeh Sarawak 2023

Lan Berambeh 2023: Sedia peluang anak Sarawak kembali tabur bakti – TPM Fadillah

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Penganjuran program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 antara lain menyediakan platform untuk anak Sarawak meninjau peluang menabur bakti dan berkhidmat di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata menerusi LBAS anak-anak Sarawak yang berkelana di Semenanjung Malaysia dapat melihat sendiri pembangunan yang berlaku di Sarawak, selain peluang besar yang disediakan oleh pelbagai agensi.

“Apa yang lebih utama ialah untuk anak-anak Sarawak dapat memahami perancangan besar kerajaan Sarawak dan bagaimana mereka sebagai seorang pelajar dapat memainkan peranan dan mengisi ruang dan peluang yang disediakan oleh kerajaan.

“Misal kata kalau kita beralih kepada teknologi baharu, kita memerlukan tenaga mahir dan tenaga mahir mahu ke mana? Kita bergantung harap kepada anak-anak muda kita belajar ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pameran Digital 60 Tahun Sarawak Merdeka, ‘Meet & Greet Anak Sarawak’ dan  Sarawak Products Pavilion di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Pembangunan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib serta Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak.

Dalam pada itu Fadillah yang juga Pengerusi Pengelola LBAS berkata bagi tahun ini sebanyak 61 pempamer dari pihak kerajaan negeri dan swasta berkampung di MITEC dalam menyampaikan informasi kepada pengunjung yang hadir.

“Pameran yang terdiri daripada agensi kerajaan adalah untuk memberi informasi, apakah bidang kementerian dan apa perancangan yang mereka laksanakan terutamanya  di peringkat kerajaan khusus yang boleh memberi manfaat kepada rakyat kita.

“Saya memang menggalakkan dan menyeru bukan sahaja pelajar yang belajar di Semenanjung tetapi juga untuk anak-anak Sarawak di Semenanjung untuk datang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan