Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewina dan Mohammad Huzaifah (kanan) semasa menghadiri Lan Berambeh Anak Sarawak 2023. Foto: Luqman Muhammad (TVS)

Lan Berambeh 2023: ‘Saya seperti berada di rumah’ – Pelajar Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Penganjuran program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 mengubati kerinduan rakyat Sarawak yang berkelana di Semenanjung Malaysia.

Kerinduan itu jelas dirasai terutama dalam kalangan pelajar-pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di sini.

Menurut pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dewina, penganjuran LBAS disifatkan ‘bagai sirih pulang ke gagang’ apabila ribuan rakyat Sarawak berada di bawah satu bumbung yang sama.

“Saya datang ke sini rasa seperti berada di Sarawak sebab apabila kita belajar di sini rindu dengan Sarawak.

“Selain itu saya sangat terharu kerana dapat menikmati makanan-makanan Sarawak yang dijual pada pameran makanan di sini, tadi saya dapat makan ‘kuih celorot’,” ujarnya.

Dalam pada itu Dewina turut menyifatkan pengisian program pada edisi ke -14 ini penuh dengan manfaat yang menguntungkan anak-anak Sarawak dengan adanya pameran sarat dengan informasi.

“Banyak informasi yang saya perolehi ketika saya melihat sendiri pameran-pameran yang disediakan.

“Ada peluang pendidikan, biasiswa dan peluang pekerjaan, kawan saya yang baru sahaja menamatkan pengajian sarjana muda dan apabila dia datang ke sini kawan saya dapat melihat sendiri peluang untuk menabur bakti di Sarawak,” katanya.

Sementara itu seorang lagi pelajar Sarawak dari UiTM Shah Alam, Mohammad Huzaifah berkata dia bersyukur kerana dapat menghadiri penganjuran LBAS.

“Saya pernah dengar mengenai program LBAS ini tetapi tidak mempunyai kelapangan masa ketika dahulu dan saya bersyukur kerana dapat menyertai LBSA sebagai salah seorang peserta yang dibawa oleh pihak universiti,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof semalam, berkata kehadiran anak Sarawak menyertai program LBAS kali ini meningkat kepada 6,500 orang daripada 6,000 sahaja pada edisi lepas.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual menyerikan Majlis Makan Malam Anak Sarawak pada malam ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan