Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pemimpin Sarawak hadir program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di MITEC, Kuala Lumpur hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Anak muda pertahankan hak Sarawak – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Usaha mengekalkan kestabilan di Sarawak turut tersandar pada bahu anak mudanya, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, beliau menghargai sumbangan anak muda Sarawak malah mahu mereka terus bersatu hati untuk mempertahankan wilayah berkenaan.

“Terpulang kepada anak muda Sarawak untuk pertahankan kestabilan (politik malah) terpulang kepada anda juga untuk mempertahankan hak Sarawak serta menjadikan suara Sarawak didengari oleh pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Town Hall Sarawak Agenda yang dikendalikan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli di sini, hari ini.

Sesi berkenaan diadakan sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) .

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan