Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan semasa majlis makan malam. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari bangga anak Sarawak muncul pelajar terbaik sarjana di Universiti Oxford

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Bakat pelbagai bidang yang dimiliki oleh anak Sarawak merupakan elemen penting untuk wilayah berkenaan mentransformasikan ekonominya, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, pihaknya akan sentiasa memberi sokongan bagi membolehkan anak Sarawak terus menonjolkan lagi potensi yang dimiliki.

Katanya, Kerajaan Sarawak juga berbangga dengan kejayaan yang direkodkan oleh para pelajarnya.

“Pada Jumaat lepas, kita mendapat perkhabaran ada seorang anak Sarawak di Universiti Oxford muncul sebagai salah seorang daripada dua pelajar terbaik dan berjaya menamatkan kursus dalam Sarjana Pengajian Diplomatik.

“(Sebenarnya) banyak anak Sarawak sudah berjaya, sebab itu saya tekankan pembangunan bakat sangat penting untuk kita mentransformasi ekonomi Sarawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Anak Sarawak bersempena Lan Berambeh 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini malam ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Acara yang menghimpunan kira-kira 6,500  anak Sarawak di Semenanjung Malaysia turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, menteri kabinet Kerajaan Persekutuan dan menteri kabinet Kerajaan Sarawak.

Baru – baru ini, pelajar berasal dari Sarawak, Syed Nizamuddin Khassim mencatatkan kejayaan cemerlang di Universiti Oxford apabila muncul satu daripada dua pelajar terbaik kursus dalam Sarjana Pengajian Diplomatik.

Syed Nizamuddin berjaya menyiapkan disertasinya bertajuk ‘Diplomasi Subnasional di Malaysia: kes Sarawak’.

Berkongsi lanjut mengenai pembangunan pesat di Sarawak ketika ini, Abang Johari berkata, pembangunan Sarawak kini tertumpu kepada tiga tiang utama iaitu kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

“Ini adalah dasar baharu berikutan senario dunia sudah berubah.

“Alhamdulillah kita dapat gunakan kekuatan yang dimiliki Sarawak iaitu sumber yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita, dan perlu diuruskan dengan sebaik mungkin,” tambah beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan