Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Zainuddin Abang Turkey pada sesi simulasi sebagai persiapan Hari Penamaan Calon PRK DUN Jepak di Bintulu, hari ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

PRK Jepak: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 31 Oktober – SPR

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 20 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, pada 31 Oktober depan.

PRK Jepak tiada Pusat Mengundi Awal dibuka pada 31 Oktober.

Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkey berkata, pengundi awal yang melibatkan seramai 43 anggota polis yang layak mengundi pada pada PRK Jepak akan mengundi menggunakan sistem undi pos.

“Untuk PRK kali ini kita tiada undi awal, kita ada undi pos sahaja. Petugas-petugas akan memantau undi pos menerusi sistem yang disediakan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengetuai program simulasi sebelum hari penamaan calon PRK DUN Jepak di Dewan Suarah Bintulu, di sini hari ini.

Mengulas mengenai kesediaan pihaknya pada PRK kali ini pula, beliau berkata pihaknya sudah melakukan persediaan rapi dan secukupnya bagi memastikan kelancaran pada hari penamaan calon.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat hari ini, sebanyak sembilan borang penamaan calon bagi PRK itu sudah dijual.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Allahyarham Talib menyandang kerusi itu selama enam penggal dan kali terakhir mempertahankannya pada 2021 dengan majoriti 4,243 undi.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mempertaruhkan Iskandar Turkee sebagai calon. Hari penamaan calon akan diadakan pada 22 Oktober, manakala 4 November hari mengundi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan