Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara pelbagai barangan sejuk beku yang dirampas dari sebuah gudang di Jalan Lopeng, Miri pada 16 Okt. Foto: IPD Miri

Lebih 18,900 kotak daging khinzir sejuk beku dirampas di Miri

MIRI, 20 Okt: Sebanyak 18, 975 kotak daging khinzir antara pelbagai barangan sejuk beku yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah gudang di Jalan Lopeng di sini.

Akitiviti pengisian makanan sejuk beku yang menyalahi undang-undang itu dikesan jam 11.00 pagi pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan hari ini berkata, serbuan tersebut dijalankan dengan kerjasama sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu-pejabat Polis Bukit Aman.

Pada masa sama, menurutnya, serbuan turut mendapat kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak, Pejabat Veterinar Miri dan Kementerian Perdagangan Dalam Megeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Miri.

“Dalam operasi ini, barangan sejuk beku yang turut dirampas termasuk 238 kotak daging kambing (Australia), enam kotak daging ayam, 880 kotak makanan laut, 144 paket gula pasir kasar jenama CSR dan 880 paket 1 kilogram, minyak masak pelbagai jenama,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Alexson, hasil pemeriksaan dan siasatan lanjut pihak Veterinar dan KPDN mendapati pelbagai kesalahan dikesan telah dilakukan oleh pihak gudang terbabit.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan lanjut pihak Veterinar dan KPDN, kesalahan yang telah dilakukan termasuk kesalahan di bawah Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 iaitu mengimport produk ternakan atau berasaskan tanpa permit yang sah dan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” ujarnya.

Selain itu, katanya, pemilik premis perniagaan itu didapati berniaga barang kawalan berjadual iaitu minyak masak dan gula pasir kasar tanpa lesen yang sah dan kesalahan di bawah Perintah 3(3) Perintah-Perintah Perihal Dagangan (Tarikf Halal) 2011 iaitu membekalkan atau menawarkan barang yang diperihalkan sebagai halal.

Sehubungan itu, katanya kesemua barang rampasan tersebut telah diserahkan kepada pihak Veterinar, Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri dan KPDN untuk tindakan selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan