Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bergambar bersama kumpulan The Four Elementals (SMK Bintulu) yang menjuarai program NASA Space Apps Sarawak bagi Kategori Junior pada Majlis Penutupan NASA Space Apps Sarawak 2023 di Kolej Universiti i-CATS, di Kuching, hari ini.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bergambar bersama kumpulan The Four Elementals (SMK Bintulu) yang menjuarai program NASA Space Apps Sarawak bagi Kategori Junior pada Majlis Penutupan NASA Space Apps Sarawak 2023 di Kolej Universiti i-CATS, di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Kerajaan komited kembangkan bakat generasi muda dalam STEM – Roland

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 20 Okt: Program NASA Space Apps Sarawak diyakini menjadi platform untuk mengasah bakat generasi muda di negeri ini selain menjadi inspirasi kepada para pelajar lain.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, program berkenaan membuktikan komitmen pihaknya giat berusaha mengembangkan bakat golongan muda di negeri ini terutamanya dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Kegigihan merupakan salah satu nilai yang amat digalakkan NASA Space Apps Sarawak dan mengambil bahagian dalam program seperti ini atau mana-mana hackathon lain akan menjadikan pelajar lebih berdaya saing.

“Saya memberi jaminan bahawa keazaman, kerja berpasukan, kemahiran menyelesaikan masalah, keberanian meneroka sesuatu yang baharu dan keluar dari zon selesa adalah kualiti yang berguna kepada kerjaya masa depan dan kehidupan peribadi anda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan NASA Space Apps Sarawak 2023 di Kolej Universiti i-CATS, di sini, hari ini.

Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bergambar bersama kumpulan Makeitreal (UNIMAS) yang menjuarai program NASA Space Apps Sarawak bagi Kategori Senior pada Majlis Penutupan NASA Space Apps Sarawak 2023 di Kolej Universiti i-CATS, di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Mengulas lanjut, Roland berkata, kementeriannya turut menggalakkan budaya pemikiran inovatif dan kreatif dalam menyediakan penyelesaian kepada masalah di sekeliling.

Tambahnya, beliau juga berharap peningkatan yang lebih memberangsangkan dari segi penyertaan para peserta di dalam program berkenaan pada tahun-tahun yang akan mendatang.

“Saya berharap kita bakal mempunyai lebih ramai peserta senior dalam cabaran tahun hadapan, terutamanya daripada institusi pengajian tinggi kita sendiri seperti Universiti Curtin Miri, Universiti Teknologi Swinburne, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Kolej Universiti i-CATS,” katanya.

Terdahulu, juara bagi program NASA Space Apps Sarawak untuk Kategori Junior ialah The Four Elementals dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu manakala bagi Kategori Senior pula dijuarai oleh Makeitreal dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan