Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara kek yang dijual oleh Kek Lapis Warisan. Foto: Kek Lapis Warisan Sdn Bhd (FB)

Kek Lapis Warisan Sdn Bhd bakal buka cawangan kedua di Samarahan

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 20 Okt: Sempena meraikan ulang tahun kelimanya beroperasi Kek Lapis Warisan Sdn Bhd bakal melebarkan sayap dengan membuka cawangan keduanya di Kota Samarahan dalam masa terdekat.

Pengarah Urusannya, Dr. Mohamad Hafeezi berkata lokasi kedua itu dipilih susulan mengambil kira pertumbuhan sosioekonomi setempat.

Kek Lapis Warisan Sdn Bhd meraikan ulangtahun kelimanya di Damai Beach Resort, Kuching dengan pengumuman pembukaan cawangan keduanya serta anugerah khas kepada enam orang pekerja mereka yang telah berkhidmat selama lima tahun. Foto: Cheryl Toh, (TVS)

“Kebanyakan dari pengunjung kami yang dari Samarahan sering kali akan merantau jauh ke cawangan kami di Satok, jadi kali ni kami pula yang akan datang kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS sempena Majlis Ulangtahun kelima Kek Lapis Warisan Sdn Bhd di Damai Beach Resort, pada Khamis.

Berkongsi lanjut Mohamad memberitahu keunikan perniagaanya dengan mengengahkan teknik demonstrasi membuat kek lapis secara langsung kepada para pembeli.

Kota Samarahan lokasi pilihan Kek Lapis Warisan Sdn Bhd.

“Apa yang membezakan kami adalah apabila pengunjung datang ke kedai kami, kami menawarkan demonstrasi secara langsung, untuk membolehkan pelanggan bukan sahaja membeli kek lapis kegemaran mereka tetapi juga untuk belajar sendiri proses membuat kek lapis yang rumit ini.

“Kami menubuhkan Kek Lapis Warisan, dengan resipi turun temurun kerana melihat peluang dalam industri ini di Sarawak,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu sejak bertapak dari tahun 2018, pihaknya memulakan operasi dengan hanya lima pekerja sahaja namun kini perniagaannya kini memiliki lebih 30 orang warga kerja.

“Dengan pertubuhan yang kecil lima tahun yang dahulu, kini semakin berkembang, dan antara rahsianya adalah dengan mengamalkan budaya yang sentiasa menjaga kebajikan pekerja.

“Apabila syarikat kian bertambah maju, ahli staff pun mesti dihargai juga,” jelasnya.

Kek Lapis Warisan Sdn Bhd yang kini bertempat di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching menawarkan lebih 30 jenis kek lapis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan