Orang ramai mula membanjiri Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin sejak 5 petang tadi. Foto: Bernama

Himpunan solidariti Palestin gesa AS tarik sokongan terhadap serangan Israel

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Satu memorandum menggesa agar Amerika Syarikat menarik balik sokongan terhadap pencerobohan Israel di Palestin diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS), di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Memorandum bantahan sebagai kecaman terhadap kekejaman Israel yang terus menindas rakyat Palestin itu diserahkan wakil himpunan aman yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat dan disertai beberapa badan bukan kerajaan serta ahli politik dari pelbagai latar belakang, yang bersama-sama berarak ke Kedutaan AS dari Masjid Tabung Haji, selepas solat Jumaat.

Antara yang terkandung dalam memorandum itu ialah gesaan agar AS  menghentikan sokongan kewangan serta bekalan senjata api kepada rejim itu.

Memorandum itu antara lain turut menggesa pihak bertanggungjawab dalam  pencerobohan Palestin dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas jenayah perang yang dilakukan seperti pembunuhan orang awam serta menggesa AS dan komuniti antarabangsa untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan bermaruah.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, aktivis sosial Chua Tian Chang dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid) Masridzi Sat.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan