Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(Dari kiri) Georgina Koh Siew Ling (WAKA leads), Artisan Tekstil Grace Sinclair dan Alice Sinclair merakamkan kenangan sempena Festival What About Kuching 2023: Meet, Mend and Textile Sustainability di The Spring, Kuching hari ini. Foto: TVS.

Dari Scotland ke Sarawak, dua beradik sokong ekonomi sirkular di WAK 2023

KUCHING, 19 Okt: Dua beradik yang berasal dari Scotland sanggup menempuh perjalanan jauh ke Bumi Kenyalang bagi memberi sokongan kepada ekonomi sirkular menerusi penganjuran Festival What About Kuching (WAK) 2023.

Si adik, Grace Sinclair, 30, yang juga merupakan seorang artis tekstil juga tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila berpeluang untuk menyertai Meet, Mend & Textile Sustainability sempena WAK 2023.

Ini kerana menurut Grace, ekonomi sirkular membabitkan industri tekstil sangat dekat dengan dirinya dan dia gembira kerana langkahnya turut disokong oleh kakaknya, Alice Sinclair.

“WAK 2023 merupakan platform terbaik untuk mengetengahkan ekonomi sirkular khususnya membabitkan industri tekstil.

“Saya percaya dengan ekonomi sirkular malah turut menggunakan semula pakaian lama untuk mencipta produk baharu menerusi buatan tangan.

“Oleh itu, saya mahu melihat lebih banyak produk yang boleh dihasilkan supaya tekstil tidak akan dibuang ke tapak pelupusan sampah kerana ia memakan masa untuk reput,” ujarnya kepada TVS selepas hadir acara itu di The Spring, di sini hari ini.

Sementara itu Grace turut mencadangkan agar pereka fesyen mencari jalan bagi memastikan pakaian yang dihasilkan dapat digunakan untuk yang lebih lama.

“Ini juga sebagai menyokong usaha kelestarian alam sekitar melalui tekstil dan fabrik,” katanya.

Namun demikian, Grace mengakui masih banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai misi kelestarian alam sekitar menerusi industri tekstil.

“Inisiatif yang saya lakukan ketika ini ialah dengan membantu orang ramai untuk mengguna semula pakaian lama mereka terutamanya denim.

“Inilah yang termampu buat masa sekarang,” ujarnya.

Ditanya mengenai Sarawak pula, Grace memberitahu, ini bukanlah kunjungan kali pertama mereka ke sini kerana pernah menghadiri WAK pada edisi sebelumnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan