Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pengelola LBAS Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemui pemberita hari ini. Foto: Kumpulan media Lan Berambeh

6,500 anak Sarawak berhimpun di Lan Berambeh 2023 – TPM Fadillah

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Seramai 6,500 anak Sarawak dijangka berhimpun pada program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di sini, esok.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pengelola LBAS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata LBAS edisi ke-14 ini dianjurkan pada skala yang lebih besar dan terbuka kepada semua rakyat Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia.

“Pengisian bertambah baik dan apa yang lebih utama sebahagian daripada platform ini untuk melatih kepimpinan anak Sarawak daripada pelajar universiti.

Lan Berambeh 2023 6,500 Anak Sarawak dijangka berhimpun.

“Untuk edisi kali ini kita buka kepada semua orang awam terutama kepada pelajar anak Sarawak sebab di sini ada pelbagai pameran antaranya peluang pekerjaan, pendidikan, biasiswa dan pameran jualan produk-produk Sarawak,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan akhir persiapan Lan Berambeh 2023 di sini, hari ini.

Dalam pada itu Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata LBAS mendapat respon yang baik dari rakyat Sarawak lebih-lebih lagi dalam kalangan para pelajar yang melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia.

“Orang Sarawak sebenarnya sentiasa menanti-nantikan program Lan Berambeh ini, kalau tidak ada boleh demam mereka,” ujar beliau dalam nada seloroh.

Fadillah menambah LBAS kali ini turut akan diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Abang Johari akan turut serta dalam Sesi Townhall Bersama Pelajar pada jam 3 petang dan Majlis Makan Malam pada hari yang sama,” kata beliau lagi.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni dan beberapa Ahli Parlimen Sarawak yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan