LIMBANG, 20 Okt: Sebanyak 53 kawasan panas dan berisiko banjir di daerah ini telah dikenal pasti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, kawasan terbabit merangkumi kawasan di Batu Danau, Medamit, Kubong dan juga di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Kota.
Sebagai persiapan katanya, seramai 60 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dikerahkan bersiap siaga dalam menghadapi musibah banjir selain kes kecemasan tidak dijangka.
âUntuk kejadian sebenar kekuatan anggota APM Limbang iaitu seramai 60 anggota lain-lain pangkat dan kekuatan logistik sebanyak enam buah, iaitu sebuah ambulans, sebuah pacuan empat roda jenis pikap dan empat buah bot. Kami juga telah mengenal pasti 53 kawasan âhotspotâ bencana banjir daerah Limbang,â katanya ketika dihubungi TVS hari ini.
Menurutnya kekuatan logisitik dan aset jabatan amat penting bagi memudahkan pergerakan dan koordinasi menyelamat mangsa banjir di kawasan berisiko agar tidak mengambil masa lama.
Kata Mirwan lagi, anggotanya turut bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dengan mengadakan satu latihan koordinasi MTL semalam sebagai latihan awal bagi menghadapi sebarang insiden kecemasan dan banjir termasuk memastikan aset dan logisitik sedia digerakkan.
âSeramai 25 orang termasuk seorang pegawai dan 24 anggota lain-lain pangkat mengadakan latihan koordinasi MTL melibatkan tiga lokasi iaitu di Sungai Limbang, di Dewan Masyarakat Medamit dan di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang.
âLatihan ini dijalankan serentak di seluruh Pejabat Daerah Pertahanan Awam di negeri Sarawak yang mana ia dianjurkan oleh Pejabat Negeri Pertahanan Awam Negeri Sarawak.
âLatihan yang dijalankan ini adalah termasuk kemahiran pengendalian bot, pengendalian peralatan operasi, pengendalian alat komunikasi dan pengendalian pusat pemindahan sementara,âujarnya lagi. – TVS