Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ringgit meneruskan trend menurun dengan ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kelima berturut-turut pada Khamis. Foto hiasan,Envato.

Ringgit jatuh kepada RM4.7680 berbanding dolar AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ringgit meneruskan trend menurun dengan ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kelima berturut-turut pada Khamis apabila hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi menjejaskan sentimen terhadap mata wang tempatan, kata pakar ekonomi.

Pada 6.03 petang, mata wang tempatan itu jatuh kepada 4.7680/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7445/7485 pada penutupan semalam.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit telah jatuh hari ini dan mungkin semakin melemah melainkan ia mendapat rangsangan daripada Rizab Persekutuan yang mengambil langkah kurang agresif atau data AS yang lebih lemah.

“Hasil AS yang lebih tinggi pada asasnya membebankan ringgit hari ini. Memandangkan risiko yang agak rendah sedikit di Timur Tengah disebabkan usaha diplomatik, jadi penurunan nilai ringgit adalah disebabkan hasil Perbendaharaan AS,” katanya kepada Bernama.

Ringgit juga susut berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound Britain yang mana ia telah mengukuh kepada 5.7712/7748 daripada 5.7869/7917 pada penutupan semalam.

Mata wang tempatan itu jatuh berbanding euro kepada 5.0274/0305 daripada 5.0140/0182 dan lebih rendah berbanding yen pada 3.1821/1843 daripada 3.1685/1714 pada penutup Rabu.

Pada masa yang sama, ia diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0716/0849 berbanding 13.0738/0914 pada penutup semalam dan lebih tinggi sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 301.4/301.8 daripada 301.5/302.0 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4702/4726 daripada 3.4649/4681 dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.39 daripada 8.37/8.38 semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan