Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ir. Aidel Lariwoo menunjukkan peta jambatan dan jalan ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Jambatan Batang Samarahan baharu di Samarahan hari ini. Foto TVS.

Projek jalan baharu 17 km berhampiran Jambatan Batang Sadong, mudahkan penduduk ke pusat bandar

KOTA SAMARAHAN, 19 Okt: Laluan baharu sejauh 17 kilometer (km) dari Jambatan Batang Sadong Kedua ke Jambatan Sejingkat yang sedang dibina akan memudahkan pergerakan penduduk kawasan pesisir Sarawak ke Kuching.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan I Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo berkata, ia melibatkan pembinaan jalan raya tunggal berdekatan Jambatan Samarahan bernilai RM18.7 juta.

Katanya projek itu bermula pada 8 Ogos lalu dan dijangka siap 7 Februari 2026.

“Projek kedua pula membabitkan pembinaan jambatan baharu Batang Samarahan yang bernilai RM529 juta.

“Jambatan ini akan dibina di sebelah Jambatan Batang Samarahan dan kerja-kerja pembersihan tapak kini sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek itu hari ini.

Menurut Aidel, jalan berkenaan akan menghubungkan kawasan itu ke Jambatan Batang Sadong selain ke rangkaian Jalan Utama Kedua.

“Pembinaan ini melibatkan jalan berkembar sepanjang sembilan km dalam pakej satu yang turut akan melibatkan beberapa pekej tambahan sehingga ke Jambatan Batang Sadong,” katanya.

Tambah beliau, jaringan jalan raya itu akan memendekkan jarak perjalanan sehingga 20 km berbanding jika malalui Asajaya yang melibatkan jarak 46 km. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan