Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: Pejabat Premier Sarawak.

Persekitaran baharu ekonomi dunia buka peluang Sarawak tambah pendapatan – Abang Johari

BySalasiah Safian

KUCHING, 19 Okt: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin Sarawak mampu menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah RM282 bilion seperti yang disasarkan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Premier Sarawak itu berkata, ini kerana PCDS 2030 melihat peluang pertumbuhan ekonomi dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Menjelaskan lebih lanjut keyakinan berkenaan, Abang Johari berkata, persekitaran ekonomi dunia menuju 2030 akan mewujudkan potensi besar bagi Sarawak untuk ‘tampil ke hadapan’ memandangkan dunia sedang berusaha melawan perubahan iklim dan ke arah kemampanan alam sekitar.

“Situasi sebelum saya mengambil alih jawatan Ketua Menteri pada 2017 adalah berbeza namun kini persekitaran ekonomi baharu dunia telah memberikan Sarawak peluang besar yang tidak wujud sebelum ini.

“Kita bukan sahaja perlu melihat pada perspektif (dalam) negara (sahaja) tetapi juga perspektif global untuk mengetahui potensi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sarawak Civil Service Retreat di Ipoh, Perak hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Sarawak perlu menambah nilai kekuatan sumber yang dimilikinya termasuk pembangunan hidrogen untuk eksport menjelang 2027 apabila dunia beralih kepada tenaga bersih untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

“Sumber pendapatan Sarawak juga termasuk perdagangan karbon kerana kawasan hutan yang luas sedang dibangunkan sebagai penyerap karbon untuk didagangkan sebagai kredit karbon bagi mengimbangi sumber karbon di negara lain.

“Pembangunan hiliran sumber minyak dan gas negeri untuk menghasilkan metanol dan amonia akan menambah lagi sumber pendapatan Sarawak,” kata beliau.

Sementara itu, Abang Johari berkata, memandangkan Sarawak berjaya meningkatkan pendapatannya sebanyak satu kali ganda daripada RM5 bilion setahun kepada RM12 bilion pada 2022, tiada sebab wilayah itu tidak boleh menggandakan KDNK kepada RM282 menjelang 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan