Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua BBP Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin ketika ditemui media selepas sesi latihan bencana menyelamat di air yang turut disertai beberapa agensi di Sarikei, semalam. Foto: TVS

Monsun Timur Laut: Waspada lakukan aktiviti di sungai, laut

SARIKEI, 19 Okt: Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dan berwaspada semasa melakukan aktiviti di sungai dan laut bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku susulan perubahan Monsun Timur Laut (MTL) bermula bulan ini hingga Mac.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata dalam situasi itu ibu bapa harus memainkan peranan bagi memantau segala aktiviti anak-anak yang melibatkan kawasan perairan demi keselamatan mereka.

Menurutnya sikap sambil lewa dan memandang ringan terhadap situasi arus deras dan angin kencang merupakan antara punca berlakunya kemalangan di kawasan sungai dan laut.

“Kita menasihatkan kepada orang ramai untuk berhati-hati semasa melakukan aktiviti yang air. Ibu bapa juga perlu sentiasa memantau segala aktiviti-aktiviti anak-anak yang melibatkan kawasan sungai. Pemantauan yang dilakukan boleh mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita di Sarikei pada Rabu.

Dalam pada itu, BBP Sarikei telah melaksanakan sesi latihan bencana menyelamat di air yang turut disertai beberapa agensi di Sarikei, pada hari ini.

Beliau berkata, objektif latihan tersebut adalah bagi meningkatkan kesiapsiagaan pihak bomba menghadapi bencana menjelang perubahan Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula Oktober hingga Mac nanti.

“Objektif kita adalah untuk meningkatkan kemahiran semua anggota bomba kita di samping sebagai persiapan ataupun persediaan bagi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang bakal tiba.

“Jadi latihan ini adalah inisiatif BBP Sarikei untuk meningkatkan kemahiran dengan pendedahan mengenai asas menyelamat di air serta menguji peralatan yang kita ada,” ujarnya.

Latihan yang telah berlangsung di kolam renang Sarikei itu disertai 29 orang peserta yang mewakili pelbagai agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Kesihatan, Jabatan Kecemasan dan Trauma Sarikei, Jabatan Penerangan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan