Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM menunjukkan ular sawa seberat 140kg yang ditangkap di Batu 7, Kampung Guar Batu Hitam di Alor Setar, hari ini. Foto APM Kedah.

Kenyang telan seekor kambing, si batik 140kg ditangkap APM

ALOR SETAR, 19 Okt: Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular sawa seberat kira-kira 140 kilogram (kg) yang sedang kekenyangan selepas menelan seekor kambing di Batu 7, Kampung Guar Batu Hitam di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Kubang Pasu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 pagi oleh orang awam yang memaklumkan berhubung kehadiran reptilia itu di dalam sebuah kandang kambing.

“Ular sawa sepanjang kira-kira tujuh meter itu didapati telah menelan seekor kambing sebaik pasukan APM tiba.

“Haiwan tersebut berjaya ditangkap selepas empat anggota bergelut kira-kira 25 minit sebelum dibawa balik ke PKOD dan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan