Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Foto fail Awang Azmil (TVS)

Jangan pandang rendah graduan TVET, gaji mereka lumayan – TPM Ahmad Zahid

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 19 Okt: Stigma terhadap graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dianggap ‘ketinggalan’ berbanding graduan universiti perlu diubah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, ia kerana penekanan negara ketika ini ke arah teknologi digital dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang memerlukan penglibatan graduan TVET.

Ahmad Zahid berkata, minat dalam kalangan generasi baharu terhadap TVET juga perlu diperkasa supaya peluang besar yang diusahakan kerajaan akan dinikmati sepenuhnya.

“Dulu kita ada 3M iaitu membaca, menulis, mengira dan sekarang 4 M iaitu ‘minat’.

“Oleh itu, minat perlu dipupuk dengan mewujudkan kesedaran bahawa bidang ‘blue collar job‘ ini menyajikan pulangan gaji lebih tinggi.

“Jangan rasa terhina kalau bekerja dalam bidang ini kerana hakikatnya dunia telah berubah,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjadi tetamu program Dialog TVS yang disiarkan malam ini di saluran 122.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan, kementerian akan menjalin kerjasama lebih aktif dengan pihak industri.

“Ini termasuk menyediakan program baharu yang menepati keperluan negara serta industri TVET dan seterusnya bakal menjadi  pemacu perubahan untuk melonjakkan modal insan berkemahiran tinggi,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan