Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan e-mel yang kononnya daripada PDRM bagi menuntut bayaran saman kesalahan lalu lintas tertunggak. Foto hiasan: TVS

Itu bukan e-mel daripada polis!

KUCHING, 19 Okt: Polis meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan e-mel yang kononnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menuntut bayaran saman kesalahan lalu lintas tertunggak dan perlu dijelaskan segera daripada pemilik e-mel.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pemilik e-mel seterusnya diminta membayar sejumlah wang secara dalam talian atau melalui pautan disediakan.

“PDRM mengesan satu helah sindiket penipuan yang menghantar e-mel secara meluas kepada pemilik e-mel individu dengan mengguna pakai logo rasmi PDRM bagi memperdaya orang ramai,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Tegasnya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, PDRM Kontinjen Sarawak tidak pernah mengemukakan sebarang notis saman dan juga penyelesaian saman melalui platform e-mel kepada orang ramai.

“Orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak membuka sebarang e-mel yang diterima daripada orang yang tidak dikenali dan membuat pengesahan dengan pihak berwajib terlebih dahulu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan