Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadhlina Sidek berkata enrolmen murid dalam aliran STEM menunjukkan peningkatan daripada 40.95 peratus pada 2021 kepada 45.73 peratus pada 2023.

Enrolmen aliran STEM meningkat 45.73 peratus – Fadhlina

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Enrolmen murid dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menunjukkan peningkatan daripada 40.95 peratus pada 2021 kepada 45.73 peratus pada 2023, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata ia hasil pelbagai langkah proaktif Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memberi penekanan kepada meningkatkan minat murid menerusi pendekatan pembelajaran baharu dan pemantapan kurikulum.

“KPM juga giat meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru dalam bidang STEM serta meningkatkan kesedaran terhadap STEM dalam kalangan murid, ibu bapa dan orang awam,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) berhubung langkah KPM menangani isu peratusan murid menengah atas yang menyertai aliran STEM, dari 2017 hingga 2022, yang mencatatkan penurunan daripada 45.2 peratus kepada 40.94 peratus.

Mengulas lnajut, beliau berkata usaha meningkatkan kompetensi guru dan pemantapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam dan luar bilik darjah juga merupakan antara langkah yang dilaksanakan bagi meningkatkan minat murid seterusnya mendorong mereka untuk memilih aliran STEM di peringkat kajian yang lebih tinggi.

“Sinergi di antara Kementerian juga diperkukuhkan termasuk dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi memperkukuhkan ekosistem pendidikan STEM.

“KPM juga bekerjasama dengan Yayasan Petronas (YP) untuk melaksanakan Program Duta Guru YP-KPM bagi memperkasakan 4,500 orang guru STEM dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan