Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiap perlawanan dianggap ibarat perjuangan antara hidup dan mati bagi jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar. Foto arkib

‘Antara hidup dan mati, tak boleh main-main’

BySaibi Gi

KUCHING, 19 Okt: Setiap perlawanan dianggap ibarat perjuangan antara hidup dan mati bagi jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar.

Apabila menginjakkan kaki di gelanggang Muay Thai, Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo memberi tumpuan seratus peratus terhadap perlawanan, tidak ada istilah main-main.

“Saya gemar sukan perseorangan sebab kalau kalah tanggungjawab saya pikul 100 peratus dan begitu juga jika menang,” katanya menerusi program terbitan TVS, Inspirasi Duniamu yang disiarkan malam tadi.

Sukan yang diminatinya bukan sahaja untuk mempertahankan diri tetapi membantunya lebih yakin dalam membuat keputusan.

Awal bulan ini, Jojo mencatatkan kejayaan manis apabila meraih kontrak ONE Championship bernilai USD 100,000 (RM460,000).

Anak muda berusia 16 tahun itu menumbangkan lawannya dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev, sekali gus muncul sebagai petinju termuda berjaya meraih kontrak berprestij itu pada 6 Oktober lepas.

Menurutnya, beliau menceburi Muay Thai sejak 2015 dan perlawanan pertamanya pada 2016 dengan dorongan daripada ibu bapanya.

Untuk berada di kedudukannya sekarang, Jojo mengutamakan tidur yang mencukupi, sekurang-kurangnya lapan jam sehari.

Menjadikan jaguh Muay Thai Thailand, Rodtang Jitmuangnon sebagai idola, beliau mendapat sokongan dan dorongan daripada ibu dan bapanya serta jurulatih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan