Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penguat kuasa KPDN merampas diesel yang disyaki diseleweng dan disimpan di satu lokasi di Sri Aman, semalam. Foto: KPDN Sri Aman

Seleweng diesel bersubsidi, KPDN tahan dua lelaki

ByNina Azman

KUCHING, 18 Okt: Satu lokasi yang dijadikan tempat penyimpanan diesel bersubsidi diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sri Aman pada Selasa.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Sri Aman, Dorcas Sidi berkata serbuan yang dijalankan pada 7 pagi itu berjaya menahan dua lelaki tempatan yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an.

Pihaknya menemui 36,500 liter diesel dan peralatan yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel.

“Lori tangki, dua lori jenis Prime Mover, tangki simpanan kapasiti 1,000 liter sebanyak 36 unit merupakan antara penemuan dalam serbuan itu. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM330,875.00,” kataya menerusi kenyataan hari ini.

Risikan dilakukan pasukan penguat kuasa KPDN sejak beberapa minggu lalu.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) bagi menjalankan siasatan dan mengenal pasti individu atau syarikat yang terbabit dalam aktiviti berkenaan serta rangkaian pengedaran diesel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan