Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki berumur 20 tahun disiasat kerana membuat laporan polis palsu yang mendakwa motosikal datuknya dicuri. Foto: PDRM

Reka cerita motosikal datuk dicuri

KUCHING, 18 Okt: Seorang lelaki disiasat setelah didapati membuat laporan polis palsu dengan mendakwa motosikal milik datuknya dicuri di jambatan Bintawa di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata polis mendapati dakwaan lelaki berumur 20 tahun itu hanya rekaan.

“Hasil siasatan polis mendapati suspek hanya mereka-reka cerita kerana motosikal tersebut sebenarnya telah ditinggalkan di kawasan parkir di sebuah rumah ibadat di Jalan Lumba Kuda,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

“Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat laporan palsu sehingga memberikan gambaran negatif berlakunya kejadian jenayah di Daerah Kuching.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang berbuat demikian,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan