Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya pada Selasa. Foto hiasan: Envato

Polis tahan pengasas bersama syarikat penerbangan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya pada Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang,” katanya kepada Bernama malam ini.

Beliau berkata polis akan membuat permohonan reman hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan