Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang ibu kepada lima anak ditemukan mati dalam keadaan separuh bogel dipercayai disamun dan dirogol di kawasan semak kebun pisang di Kampung Pisang dekat sini, hari ini. Foto hiasan, Faitullah Morni (TVS).

Polis siasat kematian pelajar IPTS di pusat hiburan di Kuching

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 18 Okt: Polis sedang menyiasat kes seorang pelajar perempuan sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditemui meninggal dunia berhampiran sebuah pusat hiburan di Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, mangsa yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan pada Isnin (16 Oktober).

“Mangsa telah dihantar oleh pekerja pusat hiburan tersebut dan dirujuk ke pusat perubatan namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan oleh doktor yang bertugas.

“Hasil siasatan awal pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, keterangan keluarga mangsa dan beberapa saksi lain selesai diambil.

Ahsmon dalam masa sama menasihati agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi untuk menjaga sensitiviti mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan