Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Maldives dan Pakistan pada Rabu mengutuk serangan Israel ke atas hospital di Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 500 orang. Foto: AFP

Maldives, Pakistan kutuk serangan ke atas hospital di Gaza

ByBernama

NEW DELHI, 18 Okt: Maldives dan Pakistan pada Rabu mengutuk serangan Israel ke atas hospital di Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 500 orang.

Kerajaan Maldives dalam satu kenyataan berkata serangan ke atas hospital dan infrastruktur awam, dengan menyasarkan orang awam satu tindakan yang langsung tidak boleh diterima dan jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Sementara itu, Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan berkata menyerang hospital, tempat orang awam berlindung dan menerima rawatan adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

“Menyasarkan penduduk dan kemudahan awam secara sembarangan merupakan pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa dan dianggap sebagai jenayah perang,” menurut kenyataan itu.

Pada Selasa, Kementerian Kesihatan di Gaza dilaporkan berkata sebahagian besar mangsa yang terkorban dalam serangan di Hospital Arab Al Ahli terdiri wanita dan kanak-kanak.

Serangan di Gaza itu mencetuskan kemarahan banyak negara dan masyarakat antarabangsa mendesak Israel membenarkan penghantaran ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas kepada penduduk yang memerlukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan