Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Norizan Jili sedang memberi penerangan tentang pemasangan serta kadar VLT cermin gelap kepada pemandu kenderaan semasa Operasi Advokasi Cermin Gelap bersama JPJ Cawangan Sibu dan JPJ Cawangan Sarikei di Jalan Telok Assan, berhampiran Jambatan Lanang. Foto: JPJ Sarawak.

JPJ Sarawak giat operasi advokasi cermin gelap di seluruh negeri

SIBU, 18 Okt: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak giat mengadakan operasi advokasi berkaitan pemasangan cermin gelap pada kenderaan dari semasa ke semasa di negeri ini.

Pengarahnya Norizan Jili dalam satu kenyataan hari ini berkata, melalui advokasi tersebut anggota-anggota penguat kuasa JPJ akan memberi penerangan yang jelas tentang kadar ketelusan cahaya (VLT) yang betul dan dibenarkan Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

Menurutnya, mengikut kaedah tersebut kadar VLT bagi cermin gelap kenderaan yang dibenarkan di bawah Subkaedah (1) iaitu cermin hadapan kenderaan 70 peratus, Subkaedah (3) cermin tepi sisi kiri kanan pemandu 50 peratus dan Kaedah 12(1)(b) cermin sisi bahagian belakang dan cermin belakang sifar peratus.

“Pemasangan cermin gelap tidak mematuhi kadar VLT ditetapkan boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu serta pengguna jalan raya lain terutama semasa malam hari atau hujan lebat kerana agak sukar untuk melihat semasa memandu jika cermin hadapan terlalu gelap,” jelasnya.

Oleh itu katanya, semua pemilik dan pemandu kenderaan di negeri ini perlu sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan yang ditetapkan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019) demi menjamin keselamatan bersama.

Terdahulu, pada petang Selasa beliau menyertai Operasi Advokasi Cermin Gelap bersama JPJ Cawangan Sibu dan JPJ Cawangan Sarikei di Jalan Teluk Assan berhampiran Jambatan Lanang.

Sasaran operasi advokasi tersebut melibatkan kenderaan persendirian, kenderaan komersial serta kenderaan perkhidmatan awam dan diadakan dari semasa ke semasa di seluruh Sarawak dalam usaha untuk memastikan pemilik dan pemandu kenderaan mematuhi peraturan pemasangan cermin gelap pada kenderaan.

Maklumat lanjut mengenai pemasangan cermin gelap pada kenderaan boleh diperolehi daripada portal JPJ Malaysia

Turut serta ialah Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Sibu Nurul Fairezzah Safri dan Ketua Cawangan JPJ Sarikei Yusuf Andan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan