Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Hospital Al Ahly Al Arabi yang telah mengorbankan ratusan orang awam di Semenanjung Gaza.

Indonesia kutuk sekeras-kerasnya Israel serang hospital

ByTVS

JAKARTA, 18 Okt: Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Hospital Al Ahly Al Arabi yang telah mengorbankan ratusan orang awam di Semenanjung Gaza.

Hal itu disampaikan Kementerian Luar Negara Indonesia yang memandang serangan tersebut melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Menterinya, Retno Marsudi menggesa agar koridor selamat untuk akses kemanusiaan dibuka dalam kadar segera.

“Indonesia turut menggesa masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan PBB supaya segera mengambil langkah konkrit untuk menghentikan serangan dan tindakan keganasan di Semenanjung Gaza yang mengakibatkan ramai orang awam terkorban apalagi adanya serangan keatas hospital disana,” katanya.

Dalam pada itu, Retno juga menegaskan bahawa pihak antarbangsa tidak boleh membiarkan ketidakadilan terhadap rakyat Palestin yang telah berlaku sejak sekian lama dan masih berlaku sehingga kini.

Sementara itu, Retno menyebut usaha memindahkan rakyatnya di zon perang diteruskan manakala 139 warga Indonesia masih berada di Palestin dan Israel.

Bagaimanapun, kerajaan Indonesia telah memulakan usaha pemindahan dengan berjaya membawa keluar empat rakyatnya dari Tel Aviv, Israel ke Jordan.

Indonesia juga merancang untuk membawa semua rakyatnya keluar bagi mengelak menjadi mangsa serta melihat serangan di sana yang terus meningkat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan