Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil (dua, kanan) mengadakan pertemuan dengan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan DAMAC Hussain Sajwani (tengah) hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz (dua, kiri).Foto Bernama.

DAMAC Group rancang tubuh pusat data bernilai RM250 juta di Cyberjaya

ByBernama

DUBAI, 18 Okt: DAMAC Group, pemaju hartanah mewah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) merancang untuk menubuhkan pusat data di Malaysia dengan nilai pelaburan RM250 juta di Cyberjaya.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pusat data itu akan menumpukan kepada pelanggan runcit dan perusahaan.

“Saiz tanah yang dicadangkan adalah lebih kurang 1.21 hektar. Pada masa ini, DAMAC sedang menilai Cyberjaya dan CBD KL sebagai pilihan,” katanya selepas bertemu pengasas dan pengerusi DAMAC Group Hussain Sajwani di kediamannya di Dubai.

Fahmi berkata DAMAC juga telah membeli tanah di Indonesia dan Thailand untuk cadangan pelaburan pusat data dan memfokuskan kepada Malaysia bagi pelaburan akan datang.

DAMAC Group menumpukan kepada pelaburan dalam ekuiti persendirian, penggabungan dan pengambilalihan serta memegang pegangan utama dan minoriti dalam syarikat senaraian awam serta industri seperti fesyen mewah, hartanah, hospitaliti dan pembuatan.

Kumpulan itu mempunyai pelaburan yang besar dalam pengurus dana terkemuka di Amerika Syarikat seperti Vista, Silverlake, Andreessen Horowitz, Thoma Bravo, Starwood, Founders Fund, Warburg, Pincus dan Brookfield.

DAMAC Group ditubuhkan di Dubai pada 1982 dan memiliki hasil global berjumlah US$1.66 billion setakat 2022.

Hari ini, operasi DAMAC Group di seluruh dunia merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Timur Tengah dan Afrika.

Fahmi berada di UAE sempena lawatan rasmi selama empat hari bersempena dengan pameran Gulf Information Technology Exhibition (GITEX) Global 2023 dan Expand North Star (ENS) di Dubai.

GITEX Global Edisi ke-43 yang berlangsung dari 16 hingga 20 Okt di Dubai World Trade Centre dihadiri lebih 6,000 syarikat dari 170 negara manakala ENS diadakan dari 15 hingga 18 Okt di Dubai Harbour. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan