Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sidang Parlimen dimaklumkan kerajaan sedang mempertimbang cadangan penubuhan rejimen Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di setiap parlimen sebagai persediaan menghadapi bencana. Foto Bernama.

Cadang tubuh rejimen APM di setiap parlimen – Wilson Ugak

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kerajaan sedang mempertimbang cadangan penubuhan rejimen Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di setiap parlimen sebagai persediaan menghadapi bencana, kata Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) berharap agar semua ahli Parlimen dapat memberikan kerjasama bagi memastikan perkara itu dapat dilaksanakan.

“Kita berharap semua Ahli Parlimen nanti untuk menyelaras, mengatasi dan menolong rakyat jika berlaku bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Pakatan Harapan – Balik Pulau) di Dewan Rakyat hari ini yang ingin tahu status terkini penubuhan rejimen itu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata APM diarah untuk menubuhkan satu rejimen atau pasukan pertahanan awam di setiap parlimen.

Sementara itu, bagi tujuan pengukuhan perjawatan, Wilson memaklumkan APM telah mengemukakan permohonan penstrukturan semula perjawatan peringkat negeri dan daerah.

Kata beliau, permohonan tersebut merangkumi cadangan kenaikan Gred Pengarah Pertahanan Awam Negeri dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah bagi melaksanakan tugas-tugas pertahanan awam termasuk peranan sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pegawai Daerah.

“Di samping itu, permohonan APM bagi pelantikan secara kontrak seramai 1,501 jawatan yang melibatkan gred 11 hingga 19 akan dibentangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk pertimbangan dan kelulusan,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan