Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga orang terbunuh dan seorang orang lagi cedera dalam insiden tembakan kereta ke kereta di Los Angeles. Foto hiasan: Envato

3 terbunuh, 1 cedera dalam serangan tembak kereta ke kereta di Los Angeles

ByBernama

LOS ANGELES, 18 Okt: Tiga orang terbunuh dan seorang orang lagi cedera dalam insiden tembakan kereta ke kereta di Los Angeles, bandar raya terbesar di pantai barat Amerika Syarikat, menurut media tempatan memetik kenyataan polis pada Selasa.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles yang dipetik KABC-TV, stesen utama rangkaian televisyen ABC di pantai barat, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 malam waktu tempatan Isnin di kawasan kejiranan North Hollywood.

Polis berkata, tembakan dilepaskan dari sebuah kereta sedan berwarna perak yang dinaiki tiga atau empat lelaki, ke arah sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna hitam.

Laporan itu menyebut seorang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa dalam kereta hitam sempat sampai di hospital tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Belum ada suspek yang ditahan dan motif tembakan masih disiasat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan