Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama

Vietnam, Kemboja tunjuk minat guna mata wang tempatan untuk perdagangan – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Vietnam dan Kemboja menunjukkan minat untuk berdagang menggunakan mata wang tempatan sebagai satu langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS).

“Malaysia merupakan negara ASEAN yang agresif mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS dan setakat ini kita mendapat sambutan.

“Malah kita baru sahaja memeterai perjanjian di Sidang Kemuncak ASEAN tahun ini supaya negara-negara lain seperti Vietnam dan Kemboja ikut serta.

“Kedua-dua negara itu (Vietnam dan Kemboja) telah memberi perakuan melalui perjanjian Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF) yang dimeterai baru-baru ini,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan