Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Dato Sri Fatimah Abdullah bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Sehenti Kehamilan Remaja (OSTPC), di Wisma Bapa Malaysia, di sini,hari ini. Foto: TVS

Tiada lagi kes remaja hamil pada usia terlalu muda di Sarawak

KUCHING, 17 Okt: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak – kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak mendapati berlaku trend perubahan umur membabitkan kes remaja hamil di sini.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebelum ini terdapat remaja hamil pada usia 10 dan 12 tahun.

Kata beliau, statistik terkini menunjukkan remaja hamil paling muda berusia 15 tahun.

“Ada perubahan yang kita lihat, sekarang majoriti remaja hamil berumur 18 dan 19 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Mesyuarat Jawatankuasa Sehenti Kehamilan Remaja (OSTPC), di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, timbalannya, Datuk Rosey Yunus.

Sementara itu Fatimah berkata, statistik menunjukkan kes kehamilan dalam kalangan remaja di Sarawak meningkat sebanyak 6.4 peratus hingga September tahun ini berbanding 2022.

Kata beliau, tahun lalu kes kehamilan remaja sebanyak 1,536 manakala tahun ini meningkat kepada 1,599.

Ujar Fatimah terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada perkembangan itu.

“(Antaranya) terdedah kepada kandungan pornografi dalam talian yang telah mempengaruhi perilaku seksual.

“Kedua, pengaruh rakan sebaya selain faktor kurang kefahaman berkaitan pendidikan seks secara menyeluruh,” katanya.

Dalam pada itu, Fatimah memaklumkan KWPK sentiasa komited untuk mengurangkan kes remaja hamil dan pembuangan bayi.

“Jadi, kita perlu memahami isu kehamilan remaja secara keseluruhan dan dari sinilah, OSTPC di setiap bahagian boleh merancang program yang diperlukan untuk kawasan mereka.

“Memang kita ada set modul sendiri namun saya berasa lebih berkesan untuk merancang program mengikut kesesuaian bahagian kerana senario dan faktornya mungkin berbeza berbanding tempat lain,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan