Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Minister of Tourism, Creative Industry and Performing Arts Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Pix, TVS.

Sarawak yakin diberikan status UNESCO untuk Taman Negara Niah

KUCHING, 17 Okt: Kerajaan Sarawak yakin Taman Negara Niah akan diberikan status Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penilaian telah dilakukan oleh Majlis Antarabangsa mengenai Monumen dan Tapak (ICOMOS) yang merupakan badan penasihat kepada UNESCO ke atas tapak berkenaan baru – baru ini.

Di pihak Kerajaan Sarawak katanya, pelbagai usaha pemuliharaan telah dilakukan selain akan melaksanakan promosi, melengkapkan infrastruktur serta mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh jawatankuasa dan UNESCO.

“Saya percaya mereka berpuas hati dengan apa yang dilihat kerana kita bukan hanya memfokuskan pelancongan tetapi juga pemuliharaan dan selari dengan hasrat UNESCO,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini Malaysia mencalonkan Taman Negara sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah UNESCO dan penilaian terhadap Taman Negara Niah akan dibawa ke mesyuarat pada November ini di Paris dan diakhiri pada Julai 2024 di India.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, Sarawak memiliki paling banyak tapak warisan di Malaysia selain memenuhi kriteria ditetapkan penilai.

“Oleh itu, jika ingin membuka semua tapak warisan itu, kita perlu mengimbangi kerana pembukaan tapak warisan bukan semata-mata untuk membawa seramai mungkin orang melawatnya,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan