Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkhidmatan bas ini akan beroperasi di laluan Kuching ke Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kanowit, Song, Kapit, Bintulu, Miri dan Pontianak, Indonesia.Foto TVS.

Perkhidmatan bas dua tingkat mula beroperasi di Sarawak

KUCHING, 17 Okt: Sistem pengangkutan awam di Sarawak semakin bertambah baik berikutan kewujudan pelbagai mod pengangkutan.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, selain sistem Transit Aliran Automasi (ART) yang sedang dibina, Kerajaan Sarawak juga telah memperkenalkan bas hidrogen sejak tiga tahun yang lepas.

Tambah Kim Shin, mulai hari ini, pengangkutan awam di Sarawak maju setapak lagi apabila perkhidmatan bas bertingkat diperkenalkan.

“Inisiatif ini akan memanfaatkan rakyat kerana berdasarkan data, jumlah pengguna pengangkutan awam di sini berjumlah hampir 10 juta orang sejak 2020.

“Sepanjang Januari hingga Ogos lepas pula, lebih 2.6 juta orang penumpang telah menggunakan pengangkutan awam di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan perkhidmatan 10 buah bas bertingkat yang dikendalikan oleh Bus Asia di sini hari ini.

Sementara itu, Kim Shin berkata, beliau percaya sekiranya jumlah pengguna pengangkutan awam terus meningkat, Kerajaan Sarawak dijangka akan memperkenalkan subsidi tambang.

Mengulas mengenai perkhidmatan bas dua tingkat itu, Kim Shin berkata, kementeriannya menyambut baik inisiatif berkenaan.

“Kementerian saya berasa amat gembira kerana Kuching sekarang mempunyai perkhidmatan bas dua tingkat.

“Ini menunjukkan bahawa kita memasuki era baharu pengangkutan awam serta melambangkan kesungguhan kita untuk menginovasikan sektor pengangkutan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Bus Asia, Lai Sin Kiong berkata, terdapat sepuluh buah bas dua tingkat dan dua lori logistik pada fasa pertama.

Katanya bas berkenaan akan beroperasi di laluan Kuching ke Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kanowit, Song, Kapit, Bintulu, Miri dan Pontianak, Indonesia.

“Bus Asia juga berhasrat untuk menukarkan enjin bas kami kepada tenaga hidrogen.

“Ini selaras dengan aspirasi Premier Sarawak, Datuk Patingg Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang ingin Sarawak menjadi wilayah untuk pelaburan bersih dan hijau,” katanya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan