Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Status pengembalian sebanyak 35 peratus kerusi parlimen kepada Wilayah Sabah dan Sarawak dibangkitkan hari ini. Foto Bernama.

Parlimen: Apa langkah susulan kembalikan 35 peratus kerusi untuk Sabah dan Sarawak

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Status pemulihan kerusi parlimen dengan mengembalikan sebanyak 35 peratus kepada Wilayah Sabah dan Sarawak dibangkitkan hari ini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, perkara itu perlu dilaksanakan supaya konsisten dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kata beliau, semasa Malaysia ditubuhkan pada 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura diperuntukkan 35 peratus daripada keseluruhan 159 kerusi ketika itu.

“Ini selari dengan apa yang disyorkan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 yang mengatakan tiada wilayah yang mempunyai lebih dua pertiga kerusi parlimen.

“Namun selepas Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, (jumlah) 15 kerusi itu tidak dibahagikan kepada Sabah dan Sarawak sebaliknya diagihkan kepada Semenanjung Malaysia,” katanya pada perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sehubungan itu Doris Sophia ingin tahu apa tindakan susulan Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merealisasikan perkara berkenaan.

“Sebelum ini perkara ini telah dibincangkan dan disahkan dalam Majlis Khas Perjanjian Malaysia (MKMA63) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri ketika itu.

“Jadi soalan saya, apakah langkah susulan kerajaan yang dipimpin oleh Tambun dalam melaksanakan perkara ini memandangkan semasa sambutan Hari Malaysia di Kuching, jaminan diberikan untuk melaksanakan segala agenda dalam MA63,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan