Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala pada bahagian kedua lawatan rasminya ke China. Foto: Bernama

KPK sedia platform hebahan skim, bantuan kepada penduduk pedalaman Sarawak – Fadillah

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mengaplikasi pelbagai platform dan saluran untuk meuar-uarkan skim dan bantuan yang disediakan khususnya untuk penduduk di luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Menterinya,  Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kepelbagaian platform disediakan bertujuan untuk memastikan skim dan bantuan yang disediakan dalam Sektor Agrikomoditi dapat difahami dan dimanfaatkan secara optimum.

Menurutnya promosi dan penyaluran maklumat ini merangkumi beberapa aktiviti penanaman komoditi seperti sawit, getah dan lada.

“Maklumat berkenaan skim dan bantuan yang disediakan di bawah Kementerian bagi Sektor Sawit disebarkan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kaedah seperti Promosi dan penyampaian taklimat di lapangan yang disampaikan secara langsung oleh Pegawai Tunjuk Ajar dan Khidmat Nasihat Sawit (TUNAS) khususnya di 12 pejabat cawangan MPOB di Sarawak dan promosi secara konvensional seperti meletakkan poster di pusat-pusat jualan sawit di 18 pusat timbang KPSM di Sarawak.

“Bagi sektor getah kementerian melalui Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) juga telah mengambil pendekatan seperti menganjurkan Agriculture Outreach Programme (AgriCorp) yang bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung mengenai pengembangan dalam bidang pertanian sekaligus bertujuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran golongan sasar,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian di Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi mengenai usaha dalam mempromosi dan menyebar luas maklumat berkenaan skim dan bantuan yang disediakan di bawah Kementerian terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan untuk sektor lada pula, kaedah penyampaian maklumat oleh kementerian melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) adalah melalui pemindahan teknologi (ToT) dan latihan in-situ di lapangan serta sesi seminar dan dialog secara berterusan serta perkongsian di platform media sosial seperti Facebook, TikTok dan lain-lain berkenaan maklumatmaklumat terkini dan program-program yang dianjurkan oleh MPB.

“Kita juga mengambil pendekatan iaitu pegawai-pegawai akan turun padang unutk berinteraksi dengan pekebun-pekebun kecil bukan sahaja untuk menyebarkan maklumat menegnai skim dan bantuan, tetapi juga untuk menyampaikan maklumat mengenai penggunaan teknologi baru.

“Contohnya, penggunaan gas stimulan untuk meningkatkan hasil getah sehingga tiga kali ganda dan kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta dalam belanjawan 2024 untuk melaksanakan projek rintis ini ,” tambahnya.

Kerajaan dalam pembentangan belanjawan tahun 2024 telah bersetuju untuk menaikkan kadar Paras Harga Pengaktifan (PHP) bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari RM2.70 ke RM3.00 sekilogram dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar Paras Harga Pengaktifan (PHP) bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari RM2.70 ke RM3.00 sekilogram dengan peruntukan sebanyak RM400 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan