Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jepak yang terletak berhampiran Bandar Bintulu turut menikmati limpahan pembangunan. Foto Byron (TVS).

Calon GPS DUN Jepak perlu miliki visi jelas bangunkan kawasan

ByMuqri Aziz

BINTULU, 17 Okt: Calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan terpilih mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak perlu mempunyai visi jelas untuk membangunkan kawasan itu.

Ketua Wanita PBB Jepak, Noriha Ali berkata, ini merupakan kriteria penting bagi seseorang calon.

Jelas beliau, bakal wakil rakyat DUN Jepak juga perlu mencari jalan untuk memajukan lagi kawasan tersebut.

Ketua Wanita PBB Jepak Noriha Ali.

“Pembangunan yang dimaksudkan termasuk aspek ekonomi, pendidikan dan sosial bagi mengangkat kehidupan rakyat di sini.

“Pada masa sama, calon tersebut perlulah sentiasa peka dengan permasalahan rakyat di peringkat akar umbi dan sentiasa turun padang,” katanya kepada TVS.

Noriha juga berharap bahawa calon itu juga dapat meneruskan usaha Allahyarham Datuk Talib Zulpilip yang telah membawa pelbagai pembangunan untuk rakyat di Jepak.

Sementara itu, Ketua Pemuda PBB Jepak, Asraf Tudin berkata, beliau mahu calon tersebut tidak memihak kepada golongan tertentu sahaja.

Ketua Pemuda PBB Jepak, Asraf Tudin.

“Calon perlu memastikan segala masalah yang berlarutan seperti isu tanah dan pembangunan infra di sebahagian kawasan di sini diselesaikan segera.

“Ini bagi memastikan pembangunan Jepak selari dengan Bandar Bintulu yang pesat membangun,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap calon yang akan diumumkan supaya bersedia memikul tanggungjawab serta mudah didekati penduduk setempat.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan calon gabungan berkenaan bagi kerusi itu di sebuah hotel di sini petang esok.

Terdahulu semasa hadir Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Swinburne di Kuching hari ini, Abang Johari berkata, calon yang dipilih merupakan lelaki tempatan daripada komuniti Vaie

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak pada 4 November ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 21 dan 31 Oktober.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian Talib pada 15 September lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan