Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR sedang menjalankan operasi pencarian mangsa di Nanga Lesih, Kanowit pagi tadi. Foto: BBP Kanowit

Warga emas dikhuatiri lemas jatuh sungai

KANOWIT, 16 Okt: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Nanga Lesih, Rh Jelani Bukong Jagoi lewat petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Tinggi Melintang, 92, dikatakan terjatuh dari perahu ketika sedang menyeberangi Sungai Kanowit sekitar jam 6 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.35 petang.

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kanowit telah digerakkan ke lokasi untuk mengambil maklumat dan melakukan operasi pencarian.

“Bagaimanapun usaha pencarian menggunakan dua buah perahu bersama beberapa penduduk rumah panjang hanya dapat dilakukan selama 45 minit sahaja memandangkan keadaan agak gelap di lokasi malam tadi.

“Operasi ditangguhkan pada jam 7.45 malam tadi dan pencarian diteruskan pagi tadi melibatkan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam dan seramai 12 orang penduduk rumah panjang menggunakan tiga buah perahu panjang,” katanya ketika dihubungi.

Arrahman berkata, operasi pencarian mangsa disambung semula pada jam 7.30 pagi tadi.

“Pasukan bomba juga bertindak membuat pencarian menggunakan kaedah ‘water surface searching’ pada radius 100 hingga 500 meter dan membuat kocakan air menggunakan bot penyelamat yang dipandu secara berpusing di lokasi terakhir mangsa dilihat terjatuh dari perahu,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan balik berseorangan diri menggunakan perahu apabila dia terjatuh ke dalam sungai yang terletak di seberang rumah panjang.

Setakat jam 10.45 pagi tadi, mangsa masih belum ditemukan dan usaha pencarian sedang giat dijalankan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan