Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Pasukan Tajikistan Petar Segrt (kiri) bersama Ketua Pasukannya Zoir Dzhuraboev (kanan) ketika sidang media menjelang Pra perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 di sebuah hotel hari ini. Foto Bernama.

Tajikistan mahu cipta sensasi bertemu Malaysia esok

ByBernama

PETALING JAYA, 16 Okt: Jurulatih Tajikistan Petar Segrt berharap pengadil perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 akan bersikap adil dalam pertembungan membabitkan pasukannya dan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Pengendali berusia 57 tahun itu berkata pengadil perlu lebih bertimbang rasa dan tidak mudah memberikan penalti dengan mengambil kira keadaan padang yang kurang memuaskan, seperti berlaku dalam perlawanan membabitkan pasukan India dan Malaysia, Jumaat lepas.

Pestabola Merdeka 2023: Palestin sah tarik diri – FAM

“India bermain dengan hebat tapi Malaysia bernasib baik dengan pengadil dan itulah situasinya. Saya harap pengadil akan berikan keputuan lebih tepat esok namun, inilah bola sepak,” katanya kepada pemberita pada sidang media praperlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 di sini hari ini.

Pestabola Merdeka 2023: Palestin sah tarik diri – FAM

Pada aksi Malaysia dan India, pengadil Mongkolchai Pechhri didakwa mencetuskan kontroversi apabila tidak mengesahkan jaringan ketiga oleh pemain tengah India Lallianzuala pada minit ke-56.

Sementara itu, walaupun pasukannya tampil tanpa 15 tonggak utama dan dibarisi pemain muda, Segrt yakin para pemain sudah bersedia dan mampu melakukan kejutan berdepan Malaysia sekali gus membawa pulang piala berprestij kejohanan edisi 2023 itu.

Pestabola Merdeka 2023: Palestin sah tarik diri – FAM

“Kami menang ketika menentang Malaysia pada Piala Raja Thailand tahun lepas, tapi untuk perlawanan kali ini, kami ketiadaan 15 pemain. Mereka tiada di sini. Sejujurnya, Malaysia beraksi lebih baik di gelanggang sendiri. Saya juga tahu Malaysia mempunyai kelebihan penyokong tempatan.

Pestabola Merdeka 2023: Palestin sah tarik diri – FAM

“Kita akan cipta sensasi dan berjuang habis-habisan esok,” katanya.

Tajikistan terus beraksi di final Pestabola Merdeka selepas mendapat ‘bye’ setelah Palestin menarik diri saat akhir kerana situasi tegang di Semenanjung Gaza.

Malaysia melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan India 4-2, Jumaat lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan