Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada 12 Oktober lepas, syarikat penerbangan tambang rendah itu patah sayap apabila tidak mampu meneruskan operasi atas alasan “menghadapi cabaran kewangan yang serius.” Foto: TVS

Parlimen: Sijil Perakuan Pengendali Udara MYAirline digantung

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) syarikat penerbangan MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) berkuatkuasa hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, penggantungan dibuat di bawah Peraturan 193(3), Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 selama 90 hari sementara menunggu siasatan lanjut.

Gantung operasi: MYAirline tidak bertanggungjawab, 125,000 penumpang terjejas – Loke

“Penggantungan operasi Syarikat MYAirline pada 12 Oktober 2023 tanpa pemakluman awal kepada CAAM telah menimbulkan kebimbangan serius kepada keselamatan awam dan integriti keseluruhan operasi penerbangan awam di Malaysia,” katanya.

Gantung operasi: MYAirline tidak bertanggungjawab, 125,000 penumpang terjejas – Loke

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (Perikatan Nasional – Jerantut) di Dewan Rakyat yang bertanyakan mengenai langkah yang diambil oleh Kementerian Pengangkutan berkaitan isu penggantungan operasi MYAirline.

Gantung operasi: MYAirline tidak bertanggungjawab, 125,000 penumpang terjejas – Loke

Mengulas lanjut, Hasbi berkata, audit keselamatan terperinci akan dijalankan ke atas MYAirline semasa penggantungan sementara ini untuk menilai semula keupayaan syarikat penerbangan tersebut.

Gantung operasi: MYAirline tidak bertanggungjawab, 125,000 penumpang terjejas – Loke

Pada masa sama beliau turut memaklumkan kementerian melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan CAAM akan terus mengutamakan keselamatan pengguna.

Hasbi turut memaklumkan menerusi peraturan yang sama, syarikat berkenaan boleh dikenakan penalti minimum RM200,000 sekiranya tidak mengembailkan semula wang pengguna merangkumi 117,000 penumpang dengan jumlah penjualan tiket mencecah RM23 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan