Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal berucap dalam Kongres Tenaga Hidro Dunia (WHC) ke-9 di Bali, Indonesia. Foto Ahmad Nasrullah (TVS).

Negara Kesatuan Eropah tunjuk minat melabur di Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 15 Okt: Semakin banyak negara Kesatuan Eropah (EU) berminat untuk melabur di Sarawak kerana dasar serta polisi negeri yang mampan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Mereka (pelabur) telah berjumpa dengan saya termasuk Duta EU (ke Malaysia Michalis Rokas) hendak belajar dari Sarawak… sebab dia kata polisi kita (Sarawak) mesra alam sekitar… dan juga dari sudut dasar yang mampan,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena Ulang Tahun ke-50 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak di sini, malam ini.

Abang Johari berkata Sarawak mempunyai kepakaran serta cara tersendiri dalam pembangunan untuk mengukuhkan ekonomi negeri itu.

Beliau turut mencadangkan program pertukaran pelajar Eropah-Malaysia, khususnya di institusi pengajian tinggi di Sarawak bagi memberi peluang kepada pelajar memperkasa pengetahuan mengenai teknologi.

“Saya tahu di negara Sweden terkenal dengan usaha menukar sisa buangan kepada tenaga…contohnya botol plastik boleh digunakan untuk dijadikan bahan dalam turapan jalan raya.

“Usaha itu dinamakan sebagai ekonomi kitaran, yang tidak membuang sisa buangan, namun dijadikan sebagai bahan pembangunan ekonomi,” katanya.

Justeru, beliau menyeru alumni UiTM yang mempunyai pelbagai kepakaran untuk memberikan input kepada kerajaan negeri dalam usaha membangunkan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan