Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa sesi upacara penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri pada Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (Operasi Penyelesaian Beraya dan Kampung Bulau) dan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (Kampung Bulau serta Kawasan Tambahan dan Kampung Nusah) pada hari ini. Foto: TVS

Mudahkan pemohonan Inisiatif Baharu Program NCR – Awang Tengah

MIRI, 16 Okt: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua masyarakat di kampung dan rumah panjang diminta memudahkan urusan penduduk yang memohon Inisiatif Baharu Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebelum kerja penyukatan, sesi dialog akan diadakan dengan mereka yang terlibat.

Kata Awang Tengah, kerjasama berkenaan penting bagi membantu mempercepatkan proses permohonan.

“Ini merupakan kerja berterusan oleh kerajaan. Begitu juga dengan program penyukatan di kampung-kampung tradisi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas hadir Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (Operasi Penyelesaian Beraya dan Kampung Bulau) dan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (Kampung Bulau serta Kawasan Tambahan dan Kampung Nusah) pada hari ini.

Sementara itu, Awang Tengah turut meminta pemohon memberi kerjasama dengan mengemukakan dokumen sahih dan mengikut perundangan.

“Perkara yang paling penting bagi pemohon ialah surat warta dan surat hak milik tanah.Kalau cukup bukti, memang milik mereka,” katanya.

Di bawah Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri, keluasan telah disukat untuk Kampung Bulau ialah 101.8 hektar, kawasan tambahan Kampung Bulau (13.3893 hektar) dan Kampung Nusah dengan 94.882 hektar.

Manakala bagi Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri, seramai 49 orang penerima dan 53 lot jumlah surat hak milik bagi Kampung Bulau dan 42 orang penerima dan 55 lot jumlah surat hak milik bagi Kampung Beraya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan